Selasa, 31 Disember 2013

Belajar Bahasa Inggeris : In atau During?

Dua prespositions ini kadang kala mengelirukan kita. In dan During, kedua-duanya boleh digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berlaku dalam tempoh masa tertentu.

Contohnya;

I was on holiday during May. (Saya bercuti pada bulan Mei)

ATAU

I was on holiday in May. (Saya bercuti pada bulan Mei)

In boleh menunjukkan kedudukan. Namun, tidak bagi During.

Contoh;

I saw him in his office. (Saya nampak dia di pejabatnya.) (BUKAN – I saw him during his office.)

During pula lebih sesuai digunakan ketika kita menyatakan sesuatu tempoh secara keseluruhannya.

Contoh;

He was in the hospital during the whole of August. (BUKAN – He was in the hospital in the whole of August.)


** Banyak lagi cara mudah belajar bahasa inggeris di laman rasmi kami http://tinyurl.com/inggerissenang

Khamis, 12 Disember 2013

SIMPLE PRESENT TENSE: Bilakah Masa Menggunakannya?

Berapa banyak masakah yang anda habiskan setiap hari dalam menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda? Untuk menguasai bahasa inggeris anda amat memerlukan MOTIVASI..

Motivasi yang kukuh adalah sebab untuk melakukan sesuatu. Dengan motivasi yang cukup kukuh, anda akan melakukan segala-galanya dalam kuasa anda untuk mencapai apa yang anda mahu. Dalam situasi ini, apa yang anda mahu ialah menguasai Bahasa Inggeris. Jadi, tidak kira apa jua yang dilakukan untuk mencapai apa yang diingini selain daripada belajar bahasa inggeris, MOTIVASI adalah pendorong utama untuk berjaya.

BILAKAH ANDA MENGGUNAKAN SIMPLE PRESENT TENSE?

Simple present tense digunakan apabila kita bercakap tentang:

- sesuatu yang kerap atau selalu berlaku. 

Contohnya:

I go to school every morning (Saya pergi ke sekolah setiap pagi)

My father drives to work. (Ayah saya memandu kereta ke kerja)

They watch movies every week. (Mereka menonton wayang setiap minggu)

The boys play basketball on Saturdays. (Budak-budak lelaki itu bermain bola keranjang pada setiap hari Sabtu)

- sesuatu yang merupakan fakta. 

Contohnya:

Malaysia is in South-east Asia. (Malaysia terletak di Asia Tenggara)

The Earth rotates around the sun. (Bumi berputar mengelilingi matahari)

All pets require love. (Kesemua haiwan peliharaan memerlukan kasih sayang)

A doctor heals patients. (Seorang doktor menyembuhkan pesakit-pesakitnya)


** Belajar bahasa inggeris adalah proses berterusan dan INGAT anda amat memerlukan MOTIVASI YANG TINGGI untuk belajar dan menguasai bahasa inggeris. Jangan beratkan kepala anda dengan memikirkan susahnya belajar bahasa inggeris.. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap mereka yang memandang sinis usaha kita menguasai bahasa inggeris..

** Anda tak perlu terlalu memikirkan susahnya belajar bahasa inggeris.. Saya sarankan kepada anda yang ingin belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di laman rasmi kami:

--->>  http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 10 November 2013

Belajar Bahasa Inggeris Komunikasi

Apabila berkomunikasi dalam bahasa inggeris anda perlu berfikir dengan cepat untuk membolehkan anda bercakap dalam bahasa inggeris dengan lancar. Ini memerlukan anda berfikir ‘dalam’ bahasa inggeris.

Jika anda berfikir dalam bahasa Malaysia kadang-kadang ianya akan melambatkan perututuran anda. Ini kerana anda berfikir dulu apa yang anda ingin tuturkan dalam bahasa malaysia sebelum anda menterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. 

Oleh itu akan terdapat kelewatan dalam anda bertutur dalam bahasa inggeris dan lebih buruk lagi jika anda tidak dapat menterjemahkan perkataan bahasa malaysia itu kepada perkataan bahasa inggeris yang sesuai.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda ‘berfikir' dalam bahasa inggeris ?

Anda kenalah banyak membaca bahan-bahan dalam bahasa inggeris. Anda perlulah ingat belajar bahasa inggeris sebenarnya kita banyak meniru atau ‘mimicking’ gaya bahasa orang lain dalam pertututan dan penulisan kita. Janganlah anda merasa malu dan segan jika anda rasa anda cuma meniru cara orang lain.

Sememangnya cara yang terbaik untuk anda mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris ialah dengan meniru gaya percakapan yang betul terutamanya oleh mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Sudah tentu cara yang terbaik ialah berlatih bertutur dengan mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Tapi rasanya tak ramai dari kita yang dapat peluang sebegitu kerana negara kita majoritinya mengamalkan penggunaan bahasa melayu dalam komunikasi harian. 

Namun begitu, apakah masih ada cara lain untuk kita memperbaiki kelemahan komunikasi dalam bahasa inggeris? jawapannya ADA.. 

Atas usaha dan inisiatif pihak kami dalam membantu ramai orang yang ingin belajar bahasa inggeris komunikasi dengan cara mudah, pantas dan berkesan maka lahirlah "PANDUAN BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH DAN PANTAS"

Apakah kandungan "PANDUAN BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH DAN PANTAS" yang dapat membantu anda belajar bahasa inggeris dengan mudah? Sila baca selanjutnya di laman rasmi kami - - - >>

http://tinyurl.com/inggerissenang

Selasa, 22 Oktober 2013

Tips Bahasa Inggeris - Penggunaan " Keep Away "

Perbualan bahasa Inggeris berbeza dengan penulisan. Dalam perbualan bahasa Inggeris, banyak phrasal verbs digunakan. Ia adalah gabungan dua perkataan yang membentuk satu maksud yang lain.

Jika kita nak cakap “jauhkan dari sesuatu”, ”cegah dari sesuatu” dalam bahasa Inggeris, kita boleh gunakan phrasal verbs KEEP AWAY.

Keep away – jauhkan, mencegah akses kepada sesuatu, menahan, berhenti menggunakan (prevent access to, hold back, to stop using)

Contoh

Keep the kids away from the cookies.

Jauhkan budak daripada biskut itu.


** Banyak lagi cara mudah belajar bahasa inggeris di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

SUSAH KE NAK LULUS MUET?

Saya menerima banyak email bertanyakan cara nak lulus MUET atau mereka tak tahu bagaimana nak buat persiapan untuk peperiksaan MUET.

Melalui pemerhatian dan carian di google saya dapati ada maklumat tentang statistik peperiksaan MUET. Boleh lihat statistik tersebut di SINI

Anda pasti tahu yang anda perlu LULUS Peperiksaan MUET ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam IPTA) tempatan. Mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan harus mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 dalam peperiksaan tersebut. Ada yang cakap susah nak lulus MUET dan dapat BAND terbaik. 

Sebenarnya, jika dikaji mengapa ramai gagal lulus MUET antara sebabnya ialah:

- Calon tak tahu format peperiksaan MUET

- Calon tahu format tapi tak tahu jenis soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan MUET

- Calon tak dapat 'cope' dengan skop pertanyaan kerana tak pernah tahu ianya akan ditanya

- Calon serabut dengan buat pencarian di internet kerana maklumat semuanya bercampur baur

- Calon menghabiskan masa membuat persediaan, tetapi persediaan tersebut tidak relevan.. 

Hanya mereka yang betul-betul melakukan persediaan sahaja mampu menjawab semua soalan yang diberikan. Namun bagaimana untuk melakukan persediaan jika anda tidak tahu apa yang bakal ditanya?

PENYELESAIAN ATAU CARA NAK LULUS MUET?

Saya cadangkan kepada sahabat semua lawati sebuah laman yang ada menyediakan cara, tips dan panduan untuk LULUS MUET dan dapat BAND yang baik. Kepada yang akan mengambil peperiksaan MUET, jangan bimbang lagi. Panduan untuk lulus MUET boleh dapatkan di laman berikut:




Isnin, 21 Oktober 2013

Sebab - Sebab Anda Lemah Berbahasa Inggeris

Tidak dinafikan ramai yang masih GAGAL menguasai bahasa inggeris. Sebab utama adalah bahasa inggeris BUKAN BAHASA IBUNDA. Setuju tak? Tetapi mengapa bangsa bukan melayu mudah menguasai bahasa inggeris dan kadang-kadang kita kagum melihat budak sekolah rendah bangsa bukan melayu cakap bahasa inggeris macam air mengalir. Kita yang dewasa dan belajar bahasa inggeris sampai ke universiti pun tergagap berbahasa inggeris. Sememangnya bangsa bukan melayu telah menerapkan penggunaan bahasa inggeris sejak kecil lagi. Pendek kata, semuanya bermula dari rumah. 

Ok, lupakan cerita di atas. Sekarang kita lihat pula sebab-sebab lain kita masih gagal menguasai bahasa inggeris? Antara sebab-sebabnya ialah: 


1. Tatabahasa Inggeris lemah (Poor grammar)

Grammar atau tatabahasa Inggeris merupakan sistem atau peraturan bahasa. Jika anda mempunyai pemahaman yang baik tentang tatabahasa, anda boleh menulis dan bercakap dengan lancar tanpa sebarang kesilapan.

2. Sebutan tidak jelas (Pronunciation is not clear)

Pronunciation atau sebutan merupakan bunyi yang dibuat untuk mengatakan sesuatu. Bagaimanakah anda boleh tahu sebutan anda betul atau salah? Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengukur tahap berapa baik sebutan anda. Adakah orang memahami anda dengan mudah apabila anda bercakap dalam Bahasa Inggeris? Jika mereka tidak faham apa yang anda katakan, anda mungkin menggunakan sebutan yang salah.

3. Kesilapan ejaan (Spelling errors)

Tidak kira jika anda seorang pelajar atau pekerja, ejaan adalah penting kerana anda perlu menulis setiap hari. Karangan atau apa saja termasuk email yang ditulis dengan ejaan yang betul menunjukkan anda seorang profesional dan cukup prihatin dalam tugas anda untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang tidak perlu.


BAGAIMANA CARA MENGATASI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS SEPERTI DI ATAS?


Tatabahasa Inggeris (Grammar)

Ia adalah mudah untuk memperbaiki grammar tanpa benar-benar membaca sebuah buku rujukan tatabahasa Inggeris. Bagaimana? Banyakkan membaca buku cerita. Anda juga boleh belajar tatabahasa dengan membaca buku cerita dan majalah. Lupakan cara formal untuk belajar Bahasa Inggeris dan jangan risau mengenai peraturan tatabahasa Inggeris. 

Membaca sesuatu yang ringkas seperti buku cerita kanak-kanak, anda akan menguasai pembinaan ayat, kata kerja, tanda baca, ungkapan dan semua komponen tatabahasa Inggeris dalam masa yang singkat. 


Sebutan Inggeris (Pronunciation)

Salah satu cara untuk mempelajari bunyi perkataan Inggeris yang betul adalah dengan menggunakan kamus. Jika anda rasa susah untuk mempelajari sebutan dengan kamus, anda boleh mendengar radio atau menonton televisyen. Satu lagi cara yang sangat berkesan ialah mendengar lagu Inggeris dan menyanyi bersama-sama lagu tersebut. 


Ejaan (Spelling)

Membaca majalah dan buku adalah cara yang paling mudah dan terbaik untuk mempelajari perkataan baru dan menguasai ejaan. Kamus adalah berguna untuk mengetahui makna perkataan yang anda tidak tahu tetapi kebanyakan masa apabila anda membaca artikel atau cerita, anda boleh memahami maksud perkataan dengan mudah jika anda memahami konteks artikel atau petikan yang dibaca.


APA LAGI CARA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS ANDA? ATAU ANDA NAK SANGAT BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH DAN PANTAS? BARU BANGGA SIKIT DAPAT BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS BETUL TAK?


Mudah saja.. anda boleh terus ke laman rasmi kami untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah, pantas dan bermotivasi.


Laman Rasmi - ->> http://tinyurl.com/inggerissenang


Isnin, 7 Oktober 2013

Tun M khuatir tahap bahasa Inggeris pelajar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kerana ia menjejaskan masa depan mereka.

Beliau berkata ada graduan yang langsung tidak menguasai bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di sektor pekerjaan.


Sebagai contoh, beliau berkata baru-baru ini sebanyak 333 calon lepasan institusi pengajian tinggi dipanggil temu duga untuk jawatan berkaitan IT (teknologi maklumat) namun hanya tujuh daripada mereka yang diterima bekerja kerana selebihnya tidak menguasai bahasa Inggeris.

SUMBER BERITA PENUH DI SINI http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-khuatir-tahap-bahasa-inggeris-pelajar-1.209367

** Bayangkan hanya 7 daripada 333 calon temuduga yang berjaya mendapat pekerjaan kerana kelemahan berbahasa inggeris.

** Adakah anda sebahagian daripadanya atau anda salah seorang graduan yang sering kecewa kerana GAGAL mendapat pekerjaan kerana kelemahan berbahasa inggeris.

** Atasi segera kelemahan anda! Masih belum terlewat untuk belajar bahasa inggeris. Paling penting anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas bahasa inggeris komunikasi.

** Untuk belajar bahasa inggeris komunikasi dengan mudah dan pantas anda boleh dapatkan di laman rasmi kami 

----->>  http://tinyurl.com/inggerissenang

Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27

Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27

Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 bakal tiba dalam Jun 2014...

Adakah anda salah seorang calon Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27?

Anda pilih LULUS atau GAGAL Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 nanti?

Jika anda pilih LULUS Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 anda TIDAK boleh mengabaikan Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 daripada Tim Infokerjaya yang telah membantu ribuan calon Peperiksaan SPA LULUS sejak 2009..

Lihat di antara produk keluaran Tim Infokerjaya 




Antara calon Peperiksaan SPA yang telah LULUS....







Ribuan calon Peperiksaan SPA telah LULUS dengan Panduan Peperiksaan SPA daripada Tim Infokerjaya.. anda masih ragu-ragu? terpulang kepada anda kerana anda yang menentukan masa depan anda..

Jika anda dipanggil menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 nanti pastikan anda memilih Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 daripada kami untuk membantu anda LULUS Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27.

Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 disertakan dengan :-

1) Nota Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
2) Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
3) Tip LULUS Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
4) Macam-macam lagi....

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 adalah sebagai persediaan rapi dan terperinci untuk anda sebelum menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 nanti...

Bagaimana cara untuk mendapatkan Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27?

"Buat masa ini ianya masih DITUTUP untuk Proses Kemaskini dan Penambahbaikan. Ianya akan DIBUKA apabila SPA membuat pengumuman rasmi tarikh panggilan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 di Laman SPA"

Anda TIDAK mahu terlepas Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 daripada kami?

Ambil langkah-langkah berikut :-

1) "LIKE" Facebook kami untuk update Pantas dan Terkini Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 --->


ATAU

2) Email ke kerjakerajaan81@gmail.com Tulis tajuk "Exam S27"

Anda akan dimaklumkan seberapa Pantas apabila Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 DIBUKA nanti..

PILIH UNTUK LULUS!

Khamis, 3 Oktober 2013

Google Translate : Cara Mudah Menterjemahkan Ayat Dalam Bahasa Inggeris

Google Translate digunakan untuk menterjemahkan teks dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Jadi, kepada para pelajar tidak kira pelajar sekolah atau mahasiswa gunakan sebaiknya Google Translate untuk memudahkan pembelajaran anda.



Photobucket


Nak buka kamus? Anda hanya membuang masa tetapi jika anda rajin membelek kamus silakan :)

Anda boleh mendapatkan banyak cara belajar bahasa inggeris dengan mudah di web rasmi kami ----->>

http://tinyurl.com/inggerissenang

Rabu, 2 Oktober 2013

TEMUDUGA JURURAWAT U29 BERMULA! ANDA NAK LULUS TEMUDUGA JURURAWAT U29 DENGAN MUDAH?

Salam sejahtera

Ini maklumat terkini mengenai kerjaya Jururawat Gred U29.

SPA akan melaksanakan urusan pengisian 2,750 kekosongan jawatan jururawat U29 bagi Kementerian Kesihatan Malaysia

Permohonan WAJIB dilakukan melalui borang di laman web SPA sebelum 13 Oktober 2013.

Untuk rujukan khusus bagaimana cara untuk lulus temuduga Jururawat, boleh terus ke;

http://tinyurl.com/nakkerjajururawat

Banyak kekosongan ni, rasanya kali ini jawatan ini untuk anda. Isi borang di laman web SPA dan buat persediaan dengan rujukan ini;

http://tinyurl.com/nakkerjajururawat
               

                        


UPDATE TERKINI TEMUDUGA JURURAWAT U29

Temuduga Jururawat U29 telah bermula. 

Semak segera nama anda di bawah:

Jururawat U29 (Calon Semenanjung) pada 10-22/11/2013: http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

Jururawat U29 (Calon Sabah) pada 11-15/11/2013: http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

Jururawat U29 (Calon Sarawak) pada 11-15/11/2013 http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

Nama anda dipanggil temuduga Jururawat U29? Tahniah!

Anda patut bersyukur kerana anda telah selangkah untuk menjadi Jururawat U29.. tapi anda bimbang tak tahu cara nak hadapi temuduga Jururawat U29 dan tak tahu nak buat persediaan untuk temuduga Jururawat U29?

JANGAN BIMBANG.. 

Yang penting jangan MALAS buat persediaan kerana majoriti yang gagal temuduga Jururawat U29 kerana MALAS BUAT PERSEDIAAN..

INI UNTUK ANDA YANG TAK TAHU NAK BERSEDIA APA UNTUK TEMUDUGA JURURAWAT U29!



PANDUAN SERBA LENGKAP UNTUK LULUS DENGAN MUDAH TEMUDUGA JURURAWAT U29



Apa anda akan dapat dengan Panduan Temuduga Jururawat U29 ini?

MODUL #1 - PANDUAN ASAS KERJAYA JURURAWAT U29

MODUL #2 - PERMOHONAN BAGI LEPASAN SPM

MODUL #3 - PERMOHONAN BAGI LEPASAN DIPLOMA

MODUL #4 - PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA JURURAWAT U29

MODUL #5 - PANDUAN PENULISAN RESUME

MODUL #6 - SOALAN LAZIM TEMUDUGA JURURAWAT U29


BONUS HEBAT!




CARA MEMOHON JURURAWAT DI HOSPITAL SWASTA DENGAN MUDAH!

P/s: Dengan hanya RM40, serta jaminan wang dikembalikan 100%, tiada yang lebih istimewa untuk anda jadikan persediaan memilih kerjaya dan menuju cita-cita yang diidam-idamkan selama ini. Kerjaya Jururawat U29 bukan angan-angan lagi!

P/s/s: Dan ingatlah, tawaran ini hanya sekejap sahaja! Jadi, dapatkannya sekarang dengan harga promosi serendah RM40 sahaja kerana harga e-Buku ini akan naik harganya dua kali ganda bermula pada bila-bila masa sahaja.

Sila ke web rasmi untuk mendapatkan Panduan Dan Cara Lulus Temuduga Jururawat U29 Dengan Mudah di sini ---->>

http://tinyurl.com/nakkerjajururawat


Ahad, 22 September 2013

Anda Lemah Berbahasa Inggeris? Nak Tahu Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris Komunikasi?

Anda lemah berbahasa inggeris?


Mungkin anda berada dalam situasi ini?


1) Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.

2) Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.

3) Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.

4) Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.

5) Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.

6) Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.

7) Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.

8) Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.


*** Pernah anda mendengar kaedah Belajar Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu, sesuatu yang jarang di dengar bukan?. 

*** Tetapi ia bukanlah suatu yang mustahil. Dengan Isi kandungan yang ringkas, padat dan dengan tip-tip mudah belajar bahasa inggeris pastinya impian anda menguasai bahasa inggeris tercapai.

*** Jika berminat mengetahui lebih lanjut cara mudah belajar bahasa inggeris boleh baca di SINI

*** Laman rasmi - - >> http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 8 September 2013

Belajar Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah Dan Di Mana-Mana

Adakah anda masih tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti atau seorang graduan yang mencari pekerjaan? Anda bermasalah besar jika anda seorang graduan yang sedang mencari pekerjaan kerana temuduga kerja adakalanya dalam bahasa inggeris!

Tidak perlu terlalu fasih berbahasa inggeris cukuplah anda mampu menjawab secara asas komunikasi dalam bahasa inggeris.

Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidaklah terlalu susah. Cuma anda memerlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris dengan cara yang mudah dan boleh dipelajari bila-bila masa tanpa terikat dengan kelas dan yuran yang mahal. 


Anda tahu belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah jika anda didedahkan dengan kaedah seperti di bawah:


a) 5 sebab utama kenapa anda lemah bahasa Inggeris.

b 3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.

c) Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.

d) 3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.

e) 3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super! 

f) Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.

g) Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris

h) 5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.

i) Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.

j) Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.

k) Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS


Ingat!! Belajar bahasa inggeris tidak susah. Hanya orang yang tidak mahu berubah dan mengubah hidup ke arah lebih baik yang sentiasa berfikiran negatif.


Mahu Tahu Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris?


Kunjungi laman rasmi kami http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 22 Julai 2013

IKLAN SEGERA! KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Anda Calon Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41?


Oleh kerana banyak permintaan daripada calon Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 untuk mendapatkan maklumat cara untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 kami Team Infokerjaya dengan berbesar hati menawarkan Tips PTD sebagai rujukan sampingan untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Jika anda perasan, format peperiksaan ini adalah sama seperti peperiksaan PTD. Tetapi yang membezakan kedua jawatan ini adalah:


-->  Soalan KHUSUS perjawatan Teknologi Maklumat


Anda boleh gunakan rujukan PTD, tetapi kena lakukan sedikit ulangkaji berkaitan 'Teknologi Maklumat'


PERINGATAN!


1 - Rujukan PTD adalah HANYA sebagai RUJUKAN UMUM exam F41 kerana format sama

2 - Rujukan PTD tidak mencukupi, anda harus buat rujukan tambahan untuk skop 'Teknologi Maklumat'

3 - Tiada jaminan pulangan wang


P.S.: Daripada tiada langsung rujukan untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 , lebih baik ambil rujukan PTD ini

P.S.: Ini hanya untuk calon yang sangat terdesak tak ada rujukan mencari cara untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Untuk info lanjut terus ke laman rasmi di SINI 

Ahad, 14 Julai 2013

It's atau Its - Yang Mana Satu?

Penggunaan kata nama pemilikan (possessive form) 

It's atau Its - Yang Mana Satu?


Contoh:

Mamat punya kereta.

Siti punya tudung.


* Jika anda menulis ayat untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu dalam bahasa Inggeris, peraturannya, anda perlu tambahkan (‘s).


Contoh: 

Mamat's car.

Siti's veil.


* Tetapi, peraturan ini DIKECUALIKAN bila anda nak guna perkataan (It). Jika anda nak gunakan perkataan (It) untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu, anda hanya perlu tambahkan (s) sahaja tanpa perlu ada tanda (‘).


Contoh:

1) A bird flew by its own wings. 

Burung terbang dengan sayapnya sendiri.


2) Malaysia has its own unique culture.

Malaysia memiliki budayanya tersendiri yang unik.



* Jika anda berkeras nak letak (‘s) juga, ia akan jadi (it’s) yang mana maksudnya adalah (it is).


1) A bird flew by it’s own wings. 

Burung terbang dengan ia adalah sayapnya sendiri.


2) Malaysia has it’s own unique culture.

Malaysia memiliki ia adalah budayanya tersendiri yang unik.


--> Tips dan Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 8 Julai 2013

BELAJAR BAHASA INGGERIS - TIPS MEMBACA DALAM BAHASA INGGERIS

Tips Dan Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dapatkan Di SINI


TIPS MEMBACA DALAM BAHASA INGGERIS


## Baca sesuatu bahan bacaan yang mudah dan tidak terlalu berat sebagai permulaan. Pastikan kamus ada bersama sebagai rujukan. Mengapa anda perlu membaca bahan yang tidak terlalu berat sebagai permulaan? Sebabnya untuk mengelakkan anda cepat bosan kerana asyik nak buka kamus. Pastikan juga bahan yang dibaca tidak pula terlalu ringkas sebab anda tidak akan belajar perkataan baru.

##  Baca bahan yang anda minati sebagai contoh majalah sukan dalam bahasa inggeris. Baca bahan yang anda minat menjadikan bacaan anda menyeronokkan. 


Belajar bahasa inggeris adalah proses berterusan. Jangan cepat mengalah untuk menguasai bahasa inggeris. 

Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidak terlalu susah yang penting ada kemahuan dan panduan untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah. JANGAN MALU untuk belajar bahasa inggeris walaupun pada peringkat asas.



Cara, Tips Dan Panduan Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dan Cepat boleh dapatkan di laman ini http://tinyurl.com/inggerissenang


Selasa, 4 Jun 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris : Penggunaan " Made Up My Mind = Decided"

Belajar Bahasa Inggeris Cara Mudah, Pantas Dan Menarik

Membuat keputusan kadang-kadang agak rumit terutama melibatkan masa depan keluarga. Sebagai contoh, anda ingin menyambung pelajaran dalam masa sama anda sedang bekerja. Banyak perkara perlu difikirkan terutama daripada segi kos, masa dan tenaga. 

Ok tanpa perlu membuang masa kita terus ke Asas Belajar Bahasa Inggeris : Penggunaan " Made Up My Mind = Decided".

"Made Up My Mind = Decided"

Maksud: sudah membuat keputusan

---> Dua perkataan di atas membawa maksud yang sama cuma untuk nampak lebih menarik dan menonjolkan kelebihan kita dalam berbahasa inggeris tak salah kalau kita menggunakan sesuatu yang nampak baru dan canggih :) Jika selalu menggunakan "decided" apa kata anda tukar ke "made up my mind".

Contoh:

Keputusan = decide.

Jika anda ingin kata,

‘Saya sudah membuat keputusan’

anda boleh nyatakan begini,

‘I have decided.’

Bagaimanapun, untuk kelihatan lebih menarik, anda boleh gantikan perkataan decide dengan made up my mind.

I have made up my mind to do social service.

I have decided to do social service.

Kedua-duanya membawa maksud yang sama.

----> Banyak yang boleh anda belajar asas bahasa inggeris yang mudah dan menarik dengan melawat http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 19 Mei 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"


Agak lama saya tidak berkongsikan asas belajar bahasa inggeris kerana kesuntukan masa. Di kesempatan yang ada ini saya kongsikan sedikit apa yang dimaksudkan dengan "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"
  

Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-

1. Penggunaan apostrophe s ( ’s )
2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja.

Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja? Ada empat peraturan yang perlu anda tahu iaitu:-

1. Untuk singular nouns yang TIDAK mempunyai bunyi ‘hiss dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu. 

Contoh:

Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu. 

Contoh: 

Actress’ dress, James’ book, stewardess’ bag dan sebagainya


3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh:

the students’ car, the teachers’ building, the dogs’ owner dan sebagainya.

4. Untuk plural nouns yang mempunyai TIDAK mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh: 

the children’s books, the women’s children dan sebagainya.


** Belajar bahasa inggeris tidak perlu terburu-buru. Setelah faham sesuatu perkara boleh anda beralih kepada perkara lain.

** Belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah cuma anda perlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris yang mudah difahami.

** Untuk banyak lagi tips dan teknik belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 1 April 2013

Belajar Bahasa Inggeris - Penggunaan "Modals"


Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Jika anda beranggapan belajar bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya. Paling penting ada KEMAHUAN untuk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.


Penggunaan "Modals" - Kata Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)

Contoh "modals" adalah:

can, could, must, have to, may,might, shall, should, will,would, ought to dan had better.

Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelum itu, anda perlu tahu 4 "modals" iaitu:

i. Modals yang tidak ditambah dengan: –s, -ed, atau –ing

Contoh:

1) She cans drive a motorcycle. (salah)
2) She can drive a motorcycle. (betul)
3) He canned speak three languanges. (salah)
4) He can speak three languanges. (betul)

ii. Modals diikuti kata kerja 

Anda harus menggunakan kata kerja setelah "modals". Dengan kata lain, kata kerja tersebut tidak ditambah dengan s/es, -to, atau –ing. 

Contoh:

1) They can to come to the party. (salah)
2) They can come to the party. (betul)
3) She might bringing a friend to the party. (salah)
4) She might bring a friend to the party. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Dengan adanya "to", anda tetap harus menggunakan kata kerja setelah "modals" tersebut.

Contoh:

1) You ough wash your car. (salah)
2) You ought to wash your car. (betul)
3) You have study harder. (salah)
4) You have to study harder. (betul)

iii. Pengecualian dalam ayat negatif

Untuk membuat ayat negatif, tambahkan "not" atau "n’t" setelah modals. 

Contoh:

1) I cannot dance very well. (atau: I can’t dance very well).
2) You should not go to bed so late on a work night. (atau: You shouldn’t go to bed so late on a work night.)

PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.

Contoh: 

1) You can not park in front of a fire hydrant. (salah)
2) You cannot park in front of a fire hydrant. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Kedua-dua modals ini TIDAK DITAMBAH dengan not untuk membentuk ayat negatifnya.

Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif pada have to. Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk membentuk ayat negatif ought to.

Kurang faham?

Contoh:

1) You do not have to worry about me. [Anda tidak perlu merisaukan saya]
2) We ought not to say that to her. [Kita sebaiknya tidak mengatakan itu kepadanya]

Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam perbualan bahasa inggeris. Secara amnya, kebiasaannya seseorang lebih suka menggunakan should not.

§  You should not say that to her.


iv. Modals digunakan untuk semua subjek, kecuali shall

Anda tidak perlu pening memikirkan subjek dan pasangan modals kerana semua "modals" (kecuali shall) boleh digunakan untuk semua subjek. 

Contoh:

1) I will come to your party.
2) She will come to your party.
3) They will come to your party.

** Itulah serba sedikit asas penggunaan "MODALS" dalam membina ayat atau ketika cuba bercakap dalam bahasa inggeris. Dapat faham serba sedikit? 

** Belajar bahasa inggeris memerlukan latihan dan praktikal. Anda faham sahaja tidak berguna jika tidak cuba mengamalkannya kerana "PRACTISE MAKES PERFECT".

** Jika ingin mendapatkan banyak lagi CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS dapatkan di sini  http://tinyurl.com/inggerissenang