Selasa, 15 April 2014

Belajar Bahasa Inggeris: TENSES


Saya menerima banyak email bertanyakan asas "TENSES". Sebelum ini saya telah maklumkan sedikit berkenaan "Tenses" ini tapi post tersebut telah jauh ke belakang. Kalau anda rajin cuba cari :)

Tetapi, sekali lagi saya akan beri sedikit ilmu berkenaan "Tenses" ini. Jom belajar bahasa inggeris asas "Tenses".

Talk In English Is So Fun!

1) Simple Present Tense

 - Menjelaskan peristiwa yang terjadi pada waktu sekarang dalam bentuk sederhana atau suatu pekerjaan/perbuatan yang dilakukan berulang-ulang atau kebiasaan sehari-hari, atau peristiwa/perbuatan yang tidak ada kaitannya dengan waktu.

   Penggunaan: I/we/you/they + infinitive (bentuk dasar kerja)
                       He/she/it + infinitive + s

   Contoh ayat: 1) i go to school every day 
                           (saya pergi ke sekolah setiap hari)
                       
                       2) the sun rises in the east 
                           (matahari terbit di sebelah timur)


2) Present Continuous Tense

- Menerangkan suatu perbuatan yang sedang berlaku pada masa sekarang, menyatakan perbuatan yang bersifat sementara dan menyatakan perbuatan yang bermaksud pada waktu yang akan datang.

  Penggunaan: to be (am, are, is) + present participle (bentuk - ing)

  Contoh ayat: 1) They are studying history now 
                           (mereka sedang mempelajari sejarah sekarang)
                       
                       2) She is watching tv now, but she will sleep soon
                           (dia sedang menonton televisyen sekarang, tetapi dia akan                               tidur sekejap lagi)


3) Present Perfect Tense

- Menerangkan peristiwa yang telah terjadi pada waktu lampau yang masih ada hubungannya dengan masa sekarang, namun waktu terjadinya tidak diketahui.

  Penggunaan: I/we/you/they + have + past participle
                       He/she/it + has + past participle 
  

  Contoh ayat: 1) I have lived here for three years
                          (saya telah tinggal di sini selama 3 tahun)

                       2) I have already seen him
                           (saya telah menjumpainya)


** Dalam masa terdekat ini saya akan berikan lagi asas "Tenses" kerana kesuntukan masa dengan komitmen :)

** Sentiasa PEKA dengan update daripada kami.

** Anda nak sangat belajar bahasa inggeris dengan cara mudah dan pantas? Dapatkan di web rasmi kami --->>>  http://tinyurl.com/inggerissenang




Jumaat, 11 April 2014

Belajar Bahasa Inggeris - Cara Komunikasi "Menolak" Permintaan Seseorang

Komunikasi adalah proses menyampaikan maklumat daripada penghantar mesej kepada penerima mesej. 

Hari ini saya salurkan sedikit maklumat berkenaan cara komunikasi bahasa inggeris "Menolak Permintaan" seseorang.

Bagaimana untuk anda menolak permintaan atau pelawaan sesorang? Jika sekadar berkata ‘No’ nampak macam simple sangat. 

Berikut adalah beberapa contoh perbualan untuk menolak sesuatu pelawaan atau permintaan dengan baik. Selamat mencuba!


I’m afraid I can’t
Saya rasa saya tak boleh

I’m sorry, but I really…
Maafkan saya, saya memang…
Maafkan saya, saya betul-betul…

Thank you for the offer, but I need/have…
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/ terpaksa…

Sorry, but I don’t particularly like 
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar…

I’d really/rather not
Kalau boleh, saya tak nak/mahu…

Thank you, but it’s not my idea of…
Terima kasih, tapi perkara ini bukan idea yang baik untuk…

Sorry, I’m not really fond of
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka…

That’s very kind of you, but I really have to
Baik hati betul awak ni, tapi saya memang/terpaksa…

Lebih sopan untuk menyebut thank you atau sorry sebelum menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat dengan 'No' kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.

Contoh pembinaan ayat

1. I’m afraid I can’t join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.

2. I’m sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.

3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.

4. Sorry, but I don’t particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.

5. I’d really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.

6. Thank you, but it’s not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.

7. Sorry, I’m not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.

8. That’s very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.


** Bagaimana dengan contoh komunikasi bahasa inggeris kaedah "Menolak Permintaan" seperti di atas?

** Harap anda dapat sedikit info berguna dan belajar komunikasi bahasa inggeris dengan baik.

** Belajar bahasa inggeris tidak terlalu susah yang penting minat dan motivasi untuk terus belajar bahasa inggeris.

** Dapatkan lebih banyak cara mudah belajar bahasa inggeris di laman rasmi kami ---->>

http://tinyurl.com/inggerissenang



Khamis, 10 April 2014

5 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH

Belajar bahasa inggeris boleh dilakukan di mana-mana dan dalam apa-apa jua situasi.

1) Baca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti The Star atau majalah ringkas dalam bahasa inggeris.. 

2) Menonton tv yang ada terjemahan di bawahnya.. ini antara cara belajar bahasa inggeris yg bagus..sambil menonton rancangan kegemaran kita dapat belajar bahasa inggeris secara tak lansung.. saya suka cara ini :)

3) Jangan segan buka buku sekolah adik atau anak kita..bagi kita yg sudah mempunyai sedikit asas dalam bahasa inggeris mudah memahami apa yang disampaikan di dalam buku pelajaran budak2 sekolah ni..nampak simple tapi banyak membantu kita mengenali atau mengingati semula apa yang kita pernah belajar bahasa inggeris di sekolah dulu..

4) Duduk depan cermin bercakap dalam bahasa inggeris. Ini sebagai latihan komunikasi bahasa inggeris.

5) Apabila menggunakan Fb, Twitter, chat di forum atau apa saja laman sosial sesekali selitkan penggunaan bahasa inggeris. Memang ada yang memandang sinis dan perli tapi pedulikan mereka. 

* Sebenarnya, ada banyak cara belajar bahasa inggeris tidak kira melalui buku, video, hadir ke kelas belajar bahasa inggeris dan macam-macam lagi. Terpulang kepada anda memilih cara belajar bahasa inggeris yang dapat membantu anda menguasai bahasa inggeris dengan baik.

Cara lain untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas?

Salah satu Panduan Belajar Bahasa Inggeris yang berkesan adalah ebook "Belajar Bahasa Inggeris Cara Mudah dan Pantas" dikarang oleh seorang guru iaitu saudara Hafiz Lidin.

Belajar Bahasa Inggeris

Ianya sangat bermanfaat kepada anda yang berjinak-jinak untuk belajar bahasa inggeris komunikasi daripada peringkat asas. Penerangan dalam bahasa melayu 100% supaya anda mudah memahami isi kandungan.

Keterangan lanjut cara mudah Belajar Bahasa Inggeris ini teruskan bacaan anda di laman rasmi --->


http://tinyurl.com/inggerissenang



Rabu, 9 April 2014

Jadi Diri Sendiri! Jangan Malu Belajar Bahasa Inggeris.



Untuk berjaya anda perlu menjadi diri sendiri dan jangan cuba untuk menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Tak salah anda mengambil orang yang dah berjaya sebagai panduan dan idola tetapi JADILAH DIRI SENDIRI.

Begitu juga belajar bahasa inggeris.

Pedulikan kata-kata orang yang memperlekehkan usaha anda untuk menguasai bahasa inggeris. Umur bukan penghalang!

Belajar bahasa inggeris adalah proses berterusan. Jangan cepat mengalah.

Teruskan belajar bahasa inggeris dengan bersungguh-sungguh.

Kami telah sediakan SEMUA untuk anda belajar bahasa inggeris dengan cara mudah dan pantas!

Sila ke web rasmi --->