Ahad, 19 Mei 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"


Agak lama saya tidak berkongsikan asas belajar bahasa inggeris kerana kesuntukan masa. Di kesempatan yang ada ini saya kongsikan sedikit apa yang dimaksudkan dengan "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"
  

Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-

1. Penggunaan apostrophe s ( ’s )
2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja.

Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja? Ada empat peraturan yang perlu anda tahu iaitu:-

1. Untuk singular nouns yang TIDAK mempunyai bunyi ‘hiss dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu. 

Contoh:

Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu. 

Contoh: 

Actress’ dress, James’ book, stewardess’ bag dan sebagainya


3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh:

the students’ car, the teachers’ building, the dogs’ owner dan sebagainya.

4. Untuk plural nouns yang mempunyai TIDAK mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh: 

the children’s books, the women’s children dan sebagainya.


** Belajar bahasa inggeris tidak perlu terburu-buru. Setelah faham sesuatu perkara boleh anda beralih kepada perkara lain.

** Belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah cuma anda perlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris yang mudah difahami.

** Untuk banyak lagi tips dan teknik belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang