Penggunaan kata nama pemilikan (possessive form)
It's atau Its - Yang Mana Satu?
Contoh:
Mamat punya kereta.
Siti punya tudung.
* Jika anda menulis ayat untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu dalam bahasa Inggeris, peraturannya, anda perlu tambahkan (‘s).
Contoh:
Mamat's car.
Siti's veil.
* Tetapi, peraturan ini DIKECUALIKAN bila anda nak guna perkataan (It). Jika anda nak gunakan perkataan (It) untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu, anda hanya perlu tambahkan (s) sahaja tanpa perlu ada tanda (‘).
Contoh:
1) A bird flew by its own wings.
Burung terbang dengan sayapnya sendiri.
2) Malaysia has its own unique culture.
Malaysia memiliki budayanya tersendiri yang unik.
* Jika anda berkeras nak letak (‘s) juga, ia akan jadi (it’s) yang mana maksudnya adalah (it is).
1) A bird flew by it’s own wings.
Burung terbang dengan ia adalah sayapnya sendiri.
2) Malaysia has it’s own unique culture.
Malaysia memiliki ia adalah budayanya tersendiri yang unik.
--> Tips dan Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan