Berapa banyak masakah yang anda habiskan setiap hari dalam menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda? Untuk menguasai bahasa inggeris anda amat memerlukan MOTIVASI..
Motivasi yang kukuh adalah sebab untuk melakukan sesuatu. Dengan motivasi yang cukup kukuh, anda akan melakukan segala-galanya dalam kuasa anda untuk mencapai apa yang anda mahu. Dalam situasi ini, apa yang anda mahu ialah menguasai Bahasa Inggeris. Jadi, tidak kira apa jua yang dilakukan untuk mencapai apa yang diingini selain daripada belajar bahasa inggeris, MOTIVASI adalah pendorong utama untuk berjaya.
BILAKAH ANDA MENGGUNAKAN SIMPLE PRESENT TENSE?
- sesuatu yang kerap atau selalu berlaku.
Contohnya:
I go to school every morning (Saya pergi ke sekolah setiap pagi)
My father drives to work. (Ayah saya memandu kereta ke kerja)
They watch movies every week. (Mereka menonton wayang setiap minggu)
The boys play basketball on Saturdays. (Budak-budak lelaki itu bermain bola keranjang pada setiap hari Sabtu)
- sesuatu yang merupakan fakta.
Contohnya:
Malaysia is in South-east Asia. (Malaysia terletak di Asia Tenggara)
The Earth rotates around the sun. (Bumi berputar mengelilingi matahari)
All pets require love. (Kesemua haiwan peliharaan memerlukan kasih sayang)
A doctor heals patients. (Seorang doktor menyembuhkan pesakit-pesakitnya)
** Belajar bahasa inggeris adalah proses berterusan dan INGAT anda amat memerlukan MOTIVASI YANG TINGGI untuk belajar dan menguasai bahasa inggeris. Jangan beratkan kepala anda dengan memikirkan susahnya belajar bahasa inggeris.. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap mereka yang memandang sinis usaha kita menguasai bahasa inggeris..
** Anda tak perlu terlalu memikirkan susahnya belajar bahasa inggeris.. Saya sarankan kepada anda yang ingin belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di laman rasmi kami:
--->> http://tinyurl.com/inggerissenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan