Selasa, 31 Disember 2013

Belajar Bahasa Inggeris : In atau During?

Dua prespositions ini kadang kala mengelirukan kita. In dan During, kedua-duanya boleh digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berlaku dalam tempoh masa tertentu.

Contohnya;

I was on holiday during May. (Saya bercuti pada bulan Mei)

ATAU

I was on holiday in May. (Saya bercuti pada bulan Mei)

In boleh menunjukkan kedudukan. Namun, tidak bagi During.

Contoh;

I saw him in his office. (Saya nampak dia di pejabatnya.) (BUKAN – I saw him during his office.)

During pula lebih sesuai digunakan ketika kita menyatakan sesuatu tempoh secara keseluruhannya.

Contoh;

He was in the hospital during the whole of August. (BUKAN – He was in the hospital in the whole of August.)


** Banyak lagi cara mudah belajar bahasa inggeris di laman rasmi kami http://tinyurl.com/inggerissenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan