Isnin, 21 Oktober 2013

Sebab - Sebab Anda Lemah Berbahasa Inggeris

Tidak dinafikan ramai yang masih GAGAL menguasai bahasa inggeris. Sebab utama adalah bahasa inggeris BUKAN BAHASA IBUNDA. Setuju tak? Tetapi mengapa bangsa bukan melayu mudah menguasai bahasa inggeris dan kadang-kadang kita kagum melihat budak sekolah rendah bangsa bukan melayu cakap bahasa inggeris macam air mengalir. Kita yang dewasa dan belajar bahasa inggeris sampai ke universiti pun tergagap berbahasa inggeris. Sememangnya bangsa bukan melayu telah menerapkan penggunaan bahasa inggeris sejak kecil lagi. Pendek kata, semuanya bermula dari rumah. 

Ok, lupakan cerita di atas. Sekarang kita lihat pula sebab-sebab lain kita masih gagal menguasai bahasa inggeris? Antara sebab-sebabnya ialah: 


1. Tatabahasa Inggeris lemah (Poor grammar)

Grammar atau tatabahasa Inggeris merupakan sistem atau peraturan bahasa. Jika anda mempunyai pemahaman yang baik tentang tatabahasa, anda boleh menulis dan bercakap dengan lancar tanpa sebarang kesilapan.

2. Sebutan tidak jelas (Pronunciation is not clear)

Pronunciation atau sebutan merupakan bunyi yang dibuat untuk mengatakan sesuatu. Bagaimanakah anda boleh tahu sebutan anda betul atau salah? Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengukur tahap berapa baik sebutan anda. Adakah orang memahami anda dengan mudah apabila anda bercakap dalam Bahasa Inggeris? Jika mereka tidak faham apa yang anda katakan, anda mungkin menggunakan sebutan yang salah.

3. Kesilapan ejaan (Spelling errors)

Tidak kira jika anda seorang pelajar atau pekerja, ejaan adalah penting kerana anda perlu menulis setiap hari. Karangan atau apa saja termasuk email yang ditulis dengan ejaan yang betul menunjukkan anda seorang profesional dan cukup prihatin dalam tugas anda untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang tidak perlu.


BAGAIMANA CARA MENGATASI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS SEPERTI DI ATAS?


Tatabahasa Inggeris (Grammar)

Ia adalah mudah untuk memperbaiki grammar tanpa benar-benar membaca sebuah buku rujukan tatabahasa Inggeris. Bagaimana? Banyakkan membaca buku cerita. Anda juga boleh belajar tatabahasa dengan membaca buku cerita dan majalah. Lupakan cara formal untuk belajar Bahasa Inggeris dan jangan risau mengenai peraturan tatabahasa Inggeris. 

Membaca sesuatu yang ringkas seperti buku cerita kanak-kanak, anda akan menguasai pembinaan ayat, kata kerja, tanda baca, ungkapan dan semua komponen tatabahasa Inggeris dalam masa yang singkat. 


Sebutan Inggeris (Pronunciation)

Salah satu cara untuk mempelajari bunyi perkataan Inggeris yang betul adalah dengan menggunakan kamus. Jika anda rasa susah untuk mempelajari sebutan dengan kamus, anda boleh mendengar radio atau menonton televisyen. Satu lagi cara yang sangat berkesan ialah mendengar lagu Inggeris dan menyanyi bersama-sama lagu tersebut. 


Ejaan (Spelling)

Membaca majalah dan buku adalah cara yang paling mudah dan terbaik untuk mempelajari perkataan baru dan menguasai ejaan. Kamus adalah berguna untuk mengetahui makna perkataan yang anda tidak tahu tetapi kebanyakan masa apabila anda membaca artikel atau cerita, anda boleh memahami maksud perkataan dengan mudah jika anda memahami konteks artikel atau petikan yang dibaca.


APA LAGI CARA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS ANDA? ATAU ANDA NAK SANGAT BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH DAN PANTAS? BARU BANGGA SIKIT DAPAT BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS BETUL TAK?


Mudah saja.. anda boleh terus ke laman rasmi kami untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah, pantas dan bermotivasi.


Laman Rasmi - ->> http://tinyurl.com/inggerissenang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan