Jumaat, 10 Januari 2014

Asas Perbualan Bahasa Inggeris

Untuk berbual dengan baik dalam bahasa Inggeris ini, anda perlu tahu menyebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan betul dan jelas agar orang yang mendengar boleh faham tanpa timbul sebarang salah faham dengan mesej yang anda cuba sampaikan itu.

Anda perlu ingat yang kadang-kadang agak sukar menyebut perkataan2 itu dengan betul kerana:-

1. Ada huruf2 dalam ejaan tidak disebutkan seperti huruf 'b' yang tidak disebut dalam perkataan dumb, doubt, comb, bomb dan sebagainya.

2. Ada yang dieja dengan dengan sesuatu huruf tetapi bunyinya disebut berbeza seperti huruf 'a' yang disebut sebagai 'ei' dalam 

    lazy, crazy, baby dan sebagainya.

3. Ada huruf yang sebutan jauh berbeza dari ejaannya disebabkan oleh pengaruh sebutan asal bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Inggeris itu seperti:

abattoir -rumah sembelihan binatang di sebut sebagai ebetwa. Hal ini adalah kerana sebutannya mengikut sebutan seperti di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Perancis.

Walaupun perbualan melibatkan percakapan tetapi membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris juga akan banyak membantu anda untuk berbual dengan baik dalam bahasa Inggeris kerana melalui pembacaan anda itu, anda akan dapat:-

1. Susunan ayat yang betul.

2. Pengunaan Grammar yang tepat dan sesuai dengan waktu dan keadaan.

3. Teknik-teknik membuat ayat yang betul, efektif dan cantik.

4. Vocabulary yang sesuai dengan keadaan dan situasi.


Jadi anda kena banyakkan membaca dan anda kena baca setiap hari dan bukannya mengikut mood! Kesimpulannya, anda perlu banyak membaca bahan dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris anda..


** Mahu banyak lagi cara mudah belajar bahasa inggeris? sila ke laman rasmi:

--->> http://tinyurl.com/inggerissenang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan