Ahad, 22 September 2013

Anda Lemah Berbahasa Inggeris? Nak Tahu Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris Komunikasi?

Anda lemah berbahasa inggeris?


Mungkin anda berada dalam situasi ini?


1) Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.

2) Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.

3) Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.

4) Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.

5) Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.

6) Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.

7) Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.

8) Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.


*** Pernah anda mendengar kaedah Belajar Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu, sesuatu yang jarang di dengar bukan?. 

*** Tetapi ia bukanlah suatu yang mustahil. Dengan Isi kandungan yang ringkas, padat dan dengan tip-tip mudah belajar bahasa inggeris pastinya impian anda menguasai bahasa inggeris tercapai.

*** Jika berminat mengetahui lebih lanjut cara mudah belajar bahasa inggeris boleh baca di SINI

*** Laman rasmi - - >> http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 8 September 2013

Belajar Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah Dan Di Mana-Mana

Adakah anda masih tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti atau seorang graduan yang mencari pekerjaan? Anda bermasalah besar jika anda seorang graduan yang sedang mencari pekerjaan kerana temuduga kerja adakalanya dalam bahasa inggeris!

Tidak perlu terlalu fasih berbahasa inggeris cukuplah anda mampu menjawab secara asas komunikasi dalam bahasa inggeris.

Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidaklah terlalu susah. Cuma anda memerlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris dengan cara yang mudah dan boleh dipelajari bila-bila masa tanpa terikat dengan kelas dan yuran yang mahal. 


Anda tahu belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah jika anda didedahkan dengan kaedah seperti di bawah:


a) 5 sebab utama kenapa anda lemah bahasa Inggeris.

b 3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.

c) Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.

d) 3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.

e) 3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super! 

f) Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.

g) Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris

h) 5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.

i) Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.

j) Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.

k) Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS


Ingat!! Belajar bahasa inggeris tidak susah. Hanya orang yang tidak mahu berubah dan mengubah hidup ke arah lebih baik yang sentiasa berfikiran negatif.


Mahu Tahu Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris?


Kunjungi laman rasmi kami http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 22 Julai 2013

IKLAN SEGERA! KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Anda Calon Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41?


Oleh kerana banyak permintaan daripada calon Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 untuk mendapatkan maklumat cara untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 kami Team Infokerjaya dengan berbesar hati menawarkan Tips PTD sebagai rujukan sampingan untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.

Jika anda perasan, format peperiksaan ini adalah sama seperti peperiksaan PTD. Tetapi yang membezakan kedua jawatan ini adalah:


-->  Soalan KHUSUS perjawatan Teknologi Maklumat


Anda boleh gunakan rujukan PTD, tetapi kena lakukan sedikit ulangkaji berkaitan 'Teknologi Maklumat'


PERINGATAN!


1 - Rujukan PTD adalah HANYA sebagai RUJUKAN UMUM exam F41 kerana format sama

2 - Rujukan PTD tidak mencukupi, anda harus buat rujukan tambahan untuk skop 'Teknologi Maklumat'

3 - Tiada jaminan pulangan wang


P.S.: Daripada tiada langsung rujukan untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 , lebih baik ambil rujukan PTD ini

P.S.: Ini hanya untuk calon yang sangat terdesak tak ada rujukan mencari cara untuk lulus Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Untuk info lanjut terus ke laman rasmi di SINI 

Ahad, 14 Julai 2013

It's atau Its - Yang Mana Satu?

Penggunaan kata nama pemilikan (possessive form) 

It's atau Its - Yang Mana Satu?


Contoh:

Mamat punya kereta.

Siti punya tudung.


* Jika anda menulis ayat untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu dalam bahasa Inggeris, peraturannya, anda perlu tambahkan (‘s).


Contoh: 

Mamat's car.

Siti's veil.


* Tetapi, peraturan ini DIKECUALIKAN bila anda nak guna perkataan (It). Jika anda nak gunakan perkataan (It) untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu, anda hanya perlu tambahkan (s) sahaja tanpa perlu ada tanda (‘).


Contoh:

1) A bird flew by its own wings. 

Burung terbang dengan sayapnya sendiri.


2) Malaysia has its own unique culture.

Malaysia memiliki budayanya tersendiri yang unik.



* Jika anda berkeras nak letak (‘s) juga, ia akan jadi (it’s) yang mana maksudnya adalah (it is).


1) A bird flew by it’s own wings. 

Burung terbang dengan ia adalah sayapnya sendiri.


2) Malaysia has it’s own unique culture.

Malaysia memiliki ia adalah budayanya tersendiri yang unik.


--> Tips dan Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 8 Julai 2013

BELAJAR BAHASA INGGERIS - TIPS MEMBACA DALAM BAHASA INGGERIS

Tips Dan Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dapatkan Di SINI


TIPS MEMBACA DALAM BAHASA INGGERIS


## Baca sesuatu bahan bacaan yang mudah dan tidak terlalu berat sebagai permulaan. Pastikan kamus ada bersama sebagai rujukan. Mengapa anda perlu membaca bahan yang tidak terlalu berat sebagai permulaan? Sebabnya untuk mengelakkan anda cepat bosan kerana asyik nak buka kamus. Pastikan juga bahan yang dibaca tidak pula terlalu ringkas sebab anda tidak akan belajar perkataan baru.

##  Baca bahan yang anda minati sebagai contoh majalah sukan dalam bahasa inggeris. Baca bahan yang anda minat menjadikan bacaan anda menyeronokkan. 


Belajar bahasa inggeris adalah proses berterusan. Jangan cepat mengalah untuk menguasai bahasa inggeris. 

Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidak terlalu susah yang penting ada kemahuan dan panduan untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah. JANGAN MALU untuk belajar bahasa inggeris walaupun pada peringkat asas.



Cara, Tips Dan Panduan Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah Dan Cepat boleh dapatkan di laman ini http://tinyurl.com/inggerissenang


Selasa, 4 Jun 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris : Penggunaan " Made Up My Mind = Decided"

Belajar Bahasa Inggeris Cara Mudah, Pantas Dan Menarik

Membuat keputusan kadang-kadang agak rumit terutama melibatkan masa depan keluarga. Sebagai contoh, anda ingin menyambung pelajaran dalam masa sama anda sedang bekerja. Banyak perkara perlu difikirkan terutama daripada segi kos, masa dan tenaga. 

Ok tanpa perlu membuang masa kita terus ke Asas Belajar Bahasa Inggeris : Penggunaan " Made Up My Mind = Decided".

"Made Up My Mind = Decided"

Maksud: sudah membuat keputusan

---> Dua perkataan di atas membawa maksud yang sama cuma untuk nampak lebih menarik dan menonjolkan kelebihan kita dalam berbahasa inggeris tak salah kalau kita menggunakan sesuatu yang nampak baru dan canggih :) Jika selalu menggunakan "decided" apa kata anda tukar ke "made up my mind".

Contoh:

Keputusan = decide.

Jika anda ingin kata,

‘Saya sudah membuat keputusan’

anda boleh nyatakan begini,

‘I have decided.’

Bagaimanapun, untuk kelihatan lebih menarik, anda boleh gantikan perkataan decide dengan made up my mind.

I have made up my mind to do social service.

I have decided to do social service.

Kedua-duanya membawa maksud yang sama.

----> Banyak yang boleh anda belajar asas bahasa inggeris yang mudah dan menarik dengan melawat http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 19 Mei 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"


Agak lama saya tidak berkongsikan asas belajar bahasa inggeris kerana kesuntukan masa. Di kesempatan yang ada ini saya kongsikan sedikit apa yang dimaksudkan dengan "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"
  

Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-

1. Penggunaan apostrophe s ( ’s )
2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja.

Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja? Ada empat peraturan yang perlu anda tahu iaitu:-

1. Untuk singular nouns yang TIDAK mempunyai bunyi ‘hiss dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu. 

Contoh:

Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu. 

Contoh: 

Actress’ dress, James’ book, stewardess’ bag dan sebagainya


3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh:

the students’ car, the teachers’ building, the dogs’ owner dan sebagainya.

4. Untuk plural nouns yang mempunyai TIDAK mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh: 

the children’s books, the women’s children dan sebagainya.


** Belajar bahasa inggeris tidak perlu terburu-buru. Setelah faham sesuatu perkara boleh anda beralih kepada perkara lain.

** Belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah cuma anda perlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris yang mudah difahami.

** Untuk banyak lagi tips dan teknik belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang