Panduan Dan Tips Mudah Belajar Bahasa Inggeris (100% Berbahasa Melayu)
Selasa, 18 Disember 2012
COOL & COLD - Apa Bezanya?
COOL dan COLD.
Ia membawa maksud sejuk. Namun, walaupun dalam bahasa Melayu maksudnya sama iaitu sejuk, penggunaannya dalam bahasa Inggeris agak BERBEZA.
COOL dan COLD kedua-duanya adalah kata sifat. Yang membezakannya hanya DARJAH KESEJUKANNYA sahaja. COLD adalah lebih sejuk berbanding COOL.
1. COOL – sejuk biasa-biasa je (tak panas sangat)
Contoh:
cool water (air sejuk)
cool weather (cuaca sejuk)
He loved the cool of the early morning. (Dia sukakan kesejukan di awal pagi)
2. COLD – sejuk / sangat sejuk (lawan kepada panas – khususnya apabila dibuat perbandingan suhu badan manusia yang tak panas)
Contoh:
a cold day/house (hari/rumah yang sangat sejuk)
cold food/water (makanan/air yang sangat sejuk)
cold hands (tangan yang sangat sejuk)
cold weather (cuaca yang sangat sejuk)
My feet are so cold. (Kaki saya sangat sejuk)
You’ll feel cold if you don’t wear a coat. (Kamu akan rasa sangat sejuk jika kamu tak pakai baju sejuk)
** Cara Mudah Dan Pantas Belajar Bahasa Inggeris dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan