Ahad, 9 Disember 2012

CARA UNTUK CEPAT BERFIKIR DALAM BAHASA INGGERIS


Apabila bertutur anda perlu berfikir dengan cepat untuk membolehkan anda bertutur dengan lancar. Ini memerlukan anda berfikir ‘dalam’ bahasa inggeris.

Jika anda berfikir dalam bahasa Malaysia kadang-kadang ianya akan melambatkan perututuran anda.Ini kerana anda befikir dulu apa yang anda ingin tuturkan dalam bahasa malaysia sebelum anda menterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. 

Oleh itu akan terdapat kelewatan dalam anda bertutur dalam bahasa inggeris dan lebih buruk lagi jika anda tidak dapat menterjemahkan perkataan bahasa malaysia itu kepada perkataan bahasa inggeris yang sesuai.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda ‘berfikir dalam bahasa inggeris’ ?

Anda kenalah banyak membaca bahan-bahan dalam bahasa inggeris. Anda perlulah ingat dalam mempelajari bahasa inggeris kita sebenarnya banyak meniru atau ‘mimicking’ gaya bahasa orang lain dalam pertututan dan penulisan kita. Janganlah anda merasa malu dan segan jika anda rasa anda cuma meniru cara orang lain.

Sememangnya cara yang terbaik untuk anda mahir bertutur dalam bahasa inggeris ialah denganmeniru gaya percakapan yang betul terutamanya oleh mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Sudah tentu cara yang terbaik ialah berlatih bertutur dengan mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Tapi rasanya tak ramai dari kita yang dapat peluang sebegitu oleh itu berikut adalah beberapa cara yang saya rasa dapat membantu anda untuk bertutur dengan baik.

Sebelum itu elok kita lihat apakah persediaan yang perlu ada sebelum anda boleh bertutur dengan baik.


** Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris Dengan Gaya Bahasa Ringkas Dan Menarik sila dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan