Isnin, 10 Disember 2012

PENGGUNAAN "ABOVE ALL"

Apakah yang dimaksudkan dengan ABOVE ALL?

Jika kita terjemahkan bulat-bulat maksudnya akan jadi ‘semua di atas’. Akan tetapi maksud sebenarnya mengikut tatabahasa inggeris adalah berbeza.

ABOVE ALL – yang paling penting (most importantly)

Contoh:

1. Above all, you must be independent.

Yang paling penting, kamu mesti jadi orang yang berdikari.

2. As a teacher you should listen, empathize, and above all be patient.

Sebagai guru anda perlu mendengar, mengambil berat dan paling penting sekali bersabar.

3. Above all, tell the truth.

Yang paling penting, beritahu perkara sebenar.

Baiklah, sekarang cuba anda buat ayat menggunakan idiom ABOVE ALL. Selamat Mencuba:)

** CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN PANTAS DAPATKAN DI SINI http://tinyurl.com/inggerissenang

CONTOH PENGGUNAAN PERKATAAN YANG MUDAH


a) Beza HEAR dan LISTEN

HEAR ialah kata kerja yang bermaksud mendengar sesuatu bunyi secara bersahaja.

Sebagai contoh:

She HEARD a noise outside. (HEARD ialah past tense bagi HEAR)
Dia terdengar bunyi bising diluar.

LISTEN pula ialah mendengar dengan teliti.
Semasa di sekolah guru-guru Bahasa Inggeris kita biasa menyebut “ LISTEN here.”, “ LISTEN class.” Jadi, apa yang diminta oleh guru kita itu ialah supaya kita mendengar dengan teliti tentang apa yang ingin disampaikan.

Contoh lain:

She LISTENED to the noise and realised it was only a cat.
Dia mendengar (dengan teliti) bunyi bising itu dan menyedari ia hanya seekor kucing.

Dapat bezakan? HEAR=dengar dan LISTEN=dengar dengan teliti.

Jadi selepas ini gunakan perkataan HEAR dan LISTEN ini dengan betul dan tidak melakukan kesalahan.


b) JUICE UP

Dalam bahasa Inggeris, ada satu frasa yang boleh anda gunakan jika ingin menyatakan yang anda ingin mengecas telefon anda iaitu juice up.

juice up – mengecas (to charge, to charge up)

I need to juice up my phone because the battery’s dead.
Saya perlu mengecas telefon saya kerana baterinya hampir habis.


c) MY TWO CENTS

Jika diterjemah dalam bahasa Melayu ia membawa maksud ‘dua sen saya’. Akan tetapi maksud yang tersiratnya ialah my opinion atau pada pendapat saya. Frasa ini sering digunakan dalam perbualan orang-orang Amerika. Jika anda menonton filem-filem mereka, anda pasti pernah dengar frasa ini

Contoh ayat:

“My two cents is that you should sell that stock now.”
“Pada pendapat saya awak perlu jual saham itu.”

“That’s just my two cents.”
“Itu pendapat saya saja.”


d) GET AROUND

get around – pergi ke banyak tempat (go many places)

It’s easy to get around town with public transportation.
Senang untuk pergi ke banyak tempat dengan pengangkutan awam.

It is hard to get around without a car.
Susah untuk pergi ke banyak tempat tanpa kereta.

Kadang-kadang kita tidak menyedari betapa mudahnya belajar bahasa inggeris betul tak? Malah kesalahan kecil tidak disedari ketika menggunakan bahasa inggeris, walaupun kecil tetapi jika salah penggunaanya membawa maksud yang berbeza dan timbul salah faham.


e) HOW COME

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?
Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?
 Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?
Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.


f) YES OR NOT

Apabila menjawab dengan mengatakan YES, anda perlu jawab begini;

Did he come last week? – Yes, he did.

Anda tidak boleh hanya menjawab ‘Yes’, tapi perlu ditambah perkataan ‘he did.’ Contoh lain;

Are you from Malaysia? – Yes, I am.

Is he your friend? – Yes, he is.

Are Aziz and Satar from Malaysia? – Yes, they are.

Namun, berbeza dengan NO. Apabila anda menjawab No, anda perlu ringkaskan jawapan anda. Lihat contoh.

Did he come last week? – No, he didn’t. (ringkasan daripada he did not)

Are you from Malaysia? – No, I’m not. (I am not)

Is he your friend? – No, he isn’t. (he is not)

Are Azizi and Satar from Malaysia? – No, they aren’t. (they are not)


 g) HAVE TO atau MUST

Have to atau Must?
Bilakah masa & keadaan yang sesuai untuk kita gunakan have dan must to? Ini kerana maksud kedua-duanya kelihatan sama.

Have to
Gunakan have to untuk tanggungjawab atau kegiatan harian.

I have to catch a train for work every morning.

Saya kena dapatkan keretapi setiap pagi untuk ke tempat kerja .

Must
Gunakan must untuk pernyataan yang tegas semasa bercakap.

Contoh:

I must get going. It’s late!

Saya mesti pergi. Sudah lewat!


h) CARRY OUT dan CARRY ON

Contoh mudah kesalahan biasa dalam penggunaan bahasa inggeris yang kita tidak sedari.. Perhatikan di bawah:

carry out – melaksanakan
carry on – mengurus

Yang salah

My son will carry out  my business in my absence.
Anak saya akan melaksanakan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.

Yang betul

My son will carry on my business in my absence.
Anak saya akan menguruskan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.


Seterusnya jika berminat mendapatkan tips mudah belajar bahasa inggeris terutama bahasa inggeris komunikasi baca seterusnya di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

ASAS "PAST TENSE"



Masa diperlukan untuk menggunakan PAST TENSE:
  • yesterday
  • just now
  • last week
  • last night
  • last month
  • a few days ago
  • a few times ago
  • a few years ago
Selain daripada menggunakan past tense, anda juga boleh menggunakan present tense, present continuous tense atau future tense, bergantung kepada kesesuaian keadaan. Masa-masa ini adalah:
  • today
  • tonight
  • this evening
  • this month
Terdapat 3 jenis keadaan verb apabila digunakan dalam past tense.
  1. Bagi regular verb, anda perlu tambahkan -ed kepada verb asas. Contohnya watch -> watched atau play -> played
  2. Bagi irregular verb, bentuk asas verb akan berubah. Contohnya, fall -> fell atau eat -> ate
  3. Bagi sesetengah jenis verb, bentuknya tidak akan berubah langsung. Contohnya cut -> cut ataushut -> shut
Terdapat juga 2 peraturan asas dalam menambahkan -ed kepada verb asas:
  1. Verb yang berakhir dengan konsonan + vowel + konsonan. Bagi kebanyakannya, huruf konsonan yang akhir diulang dua kali. Contohnya cancel -> cancelled atau mop -> mopped
  2. Verb yang berakhir dengan konsonan + y. Huruf y akan ditukar kepada i + ed. Contohnya cry ->cried atau hurry -> hurried.

Contoh ayat:
  • My mother baked chocolate cake yesterday.
  • Last week, I ate fried chicken.
  • The water looked dirty.
  • You took my pencil just now.
  • She smiled at me last week.

***  MAHU BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH, CEPAT DAN BERKESAN TERUTAMA BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI?

Ahad, 9 Disember 2012

CARA UNTUK CEPAT BERFIKIR DALAM BAHASA INGGERIS


Apabila bertutur anda perlu berfikir dengan cepat untuk membolehkan anda bertutur dengan lancar. Ini memerlukan anda berfikir ‘dalam’ bahasa inggeris.

Jika anda berfikir dalam bahasa Malaysia kadang-kadang ianya akan melambatkan perututuran anda.Ini kerana anda befikir dulu apa yang anda ingin tuturkan dalam bahasa malaysia sebelum anda menterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. 

Oleh itu akan terdapat kelewatan dalam anda bertutur dalam bahasa inggeris dan lebih buruk lagi jika anda tidak dapat menterjemahkan perkataan bahasa malaysia itu kepada perkataan bahasa inggeris yang sesuai.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda ‘berfikir dalam bahasa inggeris’ ?

Anda kenalah banyak membaca bahan-bahan dalam bahasa inggeris. Anda perlulah ingat dalam mempelajari bahasa inggeris kita sebenarnya banyak meniru atau ‘mimicking’ gaya bahasa orang lain dalam pertututan dan penulisan kita. Janganlah anda merasa malu dan segan jika anda rasa anda cuma meniru cara orang lain.

Sememangnya cara yang terbaik untuk anda mahir bertutur dalam bahasa inggeris ialah denganmeniru gaya percakapan yang betul terutamanya oleh mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Sudah tentu cara yang terbaik ialah berlatih bertutur dengan mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Tapi rasanya tak ramai dari kita yang dapat peluang sebegitu oleh itu berikut adalah beberapa cara yang saya rasa dapat membantu anda untuk bertutur dengan baik.

Sebelum itu elok kita lihat apakah persediaan yang perlu ada sebelum anda boleh bertutur dengan baik.


** Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris Dengan Gaya Bahasa Ringkas Dan Menarik sila dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Selasa, 27 November 2012

Belajar Mengaji/Membaca Al Quran Dengan My Qalam (Pen Al Quran Digital @ Al Quran Digital)

Lemah Atau Tak Tahu Langsung Mengaji/Membaca Al Quran?

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA SEMAKIN JAUH DARIPADA AL QURAN!!

Ramai Di Antara Kita Ingin Belajar Mengaji/Membaca Al Quran Tetapi Kesuntukan Masa Kerana Kerja, Keluarga Dan Sebagainya.

Tetapi, Itu Bukan Alasan Jika Ingin Belajar Mengaji/Membaca Al Quran Kerana Teknologi Terkini Membuatkan Kita Dapat Belajar Mengaji/Membaca Al Quran Bila-Bila Masa Dan Dimana-Mana. Bagaimana Caranya?

Kewujudan Pen Al Quran Digital @ Al Quran Digital Adalah Jawapannya!














- Net Weight: 1.5kg (Complete Pack)
- 2 GB (Built In Memory)
- PC connection.USB allows the user to connect with the PC
- User-friendly designed, high quality voice





Harga Cuma RM 310 SAHAJA! Antara Termurah Di Pasaran! 

PERHATIAN! PRODUK INI SANGAT LARIS DAN STOK CEPAT HABIS. JIKA SERIUS INGIN BELAJAR MENGAJI/MEMBACA AL QURAN DENGAN MUDAH DAN BERKESAN CARA MY QALAM SEGERA TEMPAH DI SINI

Penghantaran Al Quran Digital My Qalam Ini Melalui Pos Laju. PEMBELIAN ANDA SELAMAT!

PS: Tawaran Harga RM 310 Ini Masih Rendah Di Pasaran Dan Stok Terhad. Harga Mungkin Dinaikkan Bila-Bila Masa Bergantung Pada Keadaan Semasa. Jangan Rugi Miliki Sekarang Pada Harga MAMPU MILIK Ini.

Tempah Segera Di Sini http://tinyurl.com/belajarqalam



Khamis, 8 November 2012

Penggunaan "Clear Up"


" Clear Up"

# clear up – to become fine or bright (menjadi cerah semula)

The rain clouds have cleared up. We can continue our football match now.

Awan sudah cerah semula. Kita boleh sambung perlawanan bola sepak sekarang.

** Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris dapatkan di Sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Rabu, 10 Oktober 2012

ASAS BELAJAR BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI

Dalam komunikasi bahasa Inggeris, ada 4 kategori yang anda perlu kuasai untuk menjadi mahir iaitu:-

1. Speaking
2. Listening
3. Reading
4. Writing

Jika anda perhatikan, tiga dari empat aspek di atas iaitu Listening, Reading dan Writing boleh anda berlatih secara berseorangan tetapi SPEAKING memerlukan anda berlatih dengan pihak lain jika anda ingin cepat mahir.

Asas-asas perbualan yg penting ialah:-

1. Grammar

2. Vocabulary

3. Pronunciation

Tiga aspek ini yang perlu anda semua jaga-jaga bila berbual dalam bahasa Inggeris.