Jumaat, 7 Mac 2014

Belajar Bahasa Inggeris - Penggunaan Perkataan "Swallow"

Biasanya saya akan berkongsi perkataan bahasa Inggeris serta maksudnya dalam bahasa Melayu.

Namun begitu, disebabkan orang Malaysia yang kebanyakannya mampu bercakap bahasa Melayu, tetapi kurang fasih berbahasa Inggeris,
saya akan berkongsi pula perkataan bahasa Melayu serta maksudnya dalam
bahasa Inggeris.

Perkataan-perkataan ini sering kita sebut dalam perbualan bahasa Melayu. Akan tetapi, apabila tiba-tiba kita dikehendaki bercakap dalam bahasa Inggeris, lidah kita kelu untuk berkata-kata.

Perkataan Melayu-Inggeris hari ini ialah TELAN.

"TELAN – SWALLOW"

Contoh Ayat:

1. She swallowed a mouthful slowly.

- Dia menelan satu suapan perlahan-lahan.

2. Chew the food 40 times before you swallow it.

- Kunyah makanan itu 40 kali sebelum awak menelannya.

3. It is hard for me to swallow the pills.

- Sukar bagi saya untuk menelan pil itu.


* Saya akan kongsikan lagi tips mudah belajar bahasa inggeris pada masa akan datang. Jika anda berminat belajar bahasa inggeris dengan mudah boleh dapatkan di sini ---->

http://tinyurl.com/inggerissenang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan