Khamis, 6 Februari 2014




Dalam Bahasa Inggeris, ada 3 perkataan yang boleh menggambarkan maksud baiki.

1. Mend

2. Repair

3. Fix

Kenapa sampai 3? Adakah maksudnya berbeza atau sama saja?

Cuba kita lihat satu persatu.

Mend: membaiki, baik pulih sesuatu yang rosak, pecah, retak. Selalu digunakan apabila bercakap untuk membaiki barang-barang, bahan, pakaian dan hubungan.

Repair: Membaiki sesuatu yang rosak; memperbaharui; mengubahsuai

Fix: Memperbaiki; meningkatkan atau menyesuaikan

Walaubagaimanapun, fix adalah perkataan yang paling biasa digunakan. Apabila kita ragu-ragu nak gunakan samada mend, repair atau fix, gunakan saja perkataan fix.

Mend jarang digunakan di Amerika. Ia lebih banyak digunakan di Britain.

Ayat untuk Mend:

1. My mom is going to mend my shirt. (Mak saya akan membaiki baju saya)

2. Farah and Farhan are trying to mend their relationship. (Farah dan Farhan sedang cuba untuk memulihkan hubungan mereka.)

3. Rohana is mending her broken heart. (Rohana sedang memulihkan hatinya yang hancur)

Ayat untuk Repair:

1. Alan got her computer repaired. The screen was broken. (Alan sudah membaiki komputernya. Screennya pecah.)

2. I am taking my car in for repairs. It doesn’t seem to be working right. (Saya nak bawa kereta saya untuk dibaiki. Macam dah nak rosak.)

3. We need to repair the leaking pipe in the basement. (Kita perlu baiki kebocoran paip di bahagian bawah tanah.)

Ayat untuk Fix:

1. He is trying to fix the broken lamp. (Dia sedang cuba membaiki lampu yang rosak itu.)

2. Grandpa fixed the broken window last night. (Datuk membaiki tingkap malam tadi.)

3. My mom fixed the hole in my sock. (Ibu saya membaiki lubang di stokin saya.)


** Lebih banyak tips dan cara belajar bahasa inggeris dengan mudah KLIK SINI

** Laman Rasmi - - - >> http://tinyurl.com/inggerissenang

2 ulasan: