Ahad, 19 Mei 2013

Belajar Asas Bahasa Inggeris "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"


Agak lama saya tidak berkongsikan asas belajar bahasa inggeris kerana kesuntukan masa. Di kesempatan yang ada ini saya kongsikan sedikit apa yang dimaksudkan dengan "Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan"
  

Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-

1. Penggunaan apostrophe s ( ’s )
2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja.

Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja? Ada empat peraturan yang perlu anda tahu iaitu:-

1. Untuk singular nouns yang TIDAK mempunyai bunyi ‘hiss dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu. 

Contoh:

Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu. 

Contoh: 

Actress’ dress, James’ book, stewardess’ bag dan sebagainya


3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh:

the students’ car, the teachers’ building, the dogs’ owner dan sebagainya.

4. Untuk plural nouns yang mempunyai TIDAK mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu.

Contoh: 

the children’s books, the women’s children dan sebagainya.


** Belajar bahasa inggeris tidak perlu terburu-buru. Setelah faham sesuatu perkara boleh anda beralih kepada perkara lain.

** Belajar bahasa inggeris sebenarnya mudah cuma anda perlukan panduan untuk belajar bahasa inggeris yang mudah difahami.

** Untuk banyak lagi tips dan teknik belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas boleh dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Isnin, 1 April 2013

Belajar Bahasa Inggeris - Penggunaan "Modals"


Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Jika anda beranggapan belajar bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya. Paling penting ada KEMAHUAN untuk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.


Penggunaan "Modals" - Kata Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)

Contoh "modals" adalah:

can, could, must, have to, may,might, shall, should, will,would, ought to dan had better.

Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelum itu, anda perlu tahu 4 "modals" iaitu:

i. Modals yang tidak ditambah dengan: –s, -ed, atau –ing

Contoh:

1) She cans drive a motorcycle. (salah)
2) She can drive a motorcycle. (betul)
3) He canned speak three languanges. (salah)
4) He can speak three languanges. (betul)

ii. Modals diikuti kata kerja 

Anda harus menggunakan kata kerja setelah "modals". Dengan kata lain, kata kerja tersebut tidak ditambah dengan s/es, -to, atau –ing. 

Contoh:

1) They can to come to the party. (salah)
2) They can come to the party. (betul)
3) She might bringing a friend to the party. (salah)
4) She might bring a friend to the party. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Dengan adanya "to", anda tetap harus menggunakan kata kerja setelah "modals" tersebut.

Contoh:

1) You ough wash your car. (salah)
2) You ought to wash your car. (betul)
3) You have study harder. (salah)
4) You have to study harder. (betul)

iii. Pengecualian dalam ayat negatif

Untuk membuat ayat negatif, tambahkan "not" atau "n’t" setelah modals. 

Contoh:

1) I cannot dance very well. (atau: I can’t dance very well).
2) You should not go to bed so late on a work night. (atau: You shouldn’t go to bed so late on a work night.)

PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.

Contoh: 

1) You can not park in front of a fire hydrant. (salah)
2) You cannot park in front of a fire hydrant. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Kedua-dua modals ini TIDAK DITAMBAH dengan not untuk membentuk ayat negatifnya.

Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif pada have to. Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk membentuk ayat negatif ought to.

Kurang faham?

Contoh:

1) You do not have to worry about me. [Anda tidak perlu merisaukan saya]
2) We ought not to say that to her. [Kita sebaiknya tidak mengatakan itu kepadanya]

Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam perbualan bahasa inggeris. Secara amnya, kebiasaannya seseorang lebih suka menggunakan should not.

§  You should not say that to her.


iv. Modals digunakan untuk semua subjek, kecuali shall

Anda tidak perlu pening memikirkan subjek dan pasangan modals kerana semua "modals" (kecuali shall) boleh digunakan untuk semua subjek. 

Contoh:

1) I will come to your party.
2) She will come to your party.
3) They will come to your party.

** Itulah serba sedikit asas penggunaan "MODALS" dalam membina ayat atau ketika cuba bercakap dalam bahasa inggeris. Dapat faham serba sedikit? 

** Belajar bahasa inggeris memerlukan latihan dan praktikal. Anda faham sahaja tidak berguna jika tidak cuba mengamalkannya kerana "PRACTISE MAKES PERFECT".

** Jika ingin mendapatkan banyak lagi CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS dapatkan di sini  http://tinyurl.com/inggerissenang












Khamis, 7 Mac 2013

BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MENDENGAR LAGU INGGERIS


TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MENDENGAR LAGU INGGERIS

Semua orang suka mendengar muzik.. Mengapa tidak gunakan medium muzik untuk belajar bahasa inggeris? Pasti lebih mudah dan menarik!

Tips Mudah:

1) Pilih lagu inggeris yang anda suka dengar kerana apabila kita kerap mendengar lagu kegemaran pasti kita menghafal lirik dan mencari maknanya. Ia dapat menambah VOCABULARY.

2) Setelah kerap mendengar dan menghafal liriknya cuba tulis di atas kertas dan bandingkan dengan lirik sebenar adakah sama dan tiada kesilapan ejaan. Ia dapat mengasah WRITING.

3) Apabila mendengar lagu tersebut cuba ikut cara nyanyian dan cara sebutan lirik di dalam lagu tersebut. Ia dapat mengasah PRONUNCIATION.

4) Cuba praktikkan apa yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut dengan kehidupan seharian terutama ketika cuba berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ia dapat mengasah SPEAKING.

** Itulah serba sedikit asas Belajar Bahasa Inggeris dengan mudah hanya dengan mendengar lagu inggeris anda juga dapat belajar bahasa inggeris tanpa di sedari.

** Untuk banyak lagi cara belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Rabu, 27 Februari 2013

Belajar Bahasa Inggeris Cara Dr. Irfan Khairi


Dr. Irfan Khairi berkata:

" Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…

Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris."

Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. "

SUMBER: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/tak-pandai-speaking/

So, to improve your English, think in English :)

** Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Selasa, 19 Februari 2013

Belajar Bahasa Inggeris - Asas "am, is & are"


Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Cara mudah belajar bahasa inggeris di SINI

ASAS BAHASA INGGERIS - Kekeliruan Penggunaan "am, is & are"

Am, Is, Are

'Am' selalu digunakan apabila anda sedang merujuk kepada diri sendiri. Penggunaan jelas hanya merujuk kepada diri sendiri jadi tiada kekeliruan.

Contoh: I am hungry (saya lapar)

Untuk "is" & "are" anda perlu BERHATI-HATI..

Perkataan 'is' selalu digunakan apabila kita merujuk kepada subjek singular atau subjek tunggal.

Contoh: She is a good student (dia pelajar yang baik)

Perkataan 'are' selalu digunakan apabila anda merujuk kepada benda majmuk. Walau bagaimanapun perkataan 'you' boleh merujuk kepada subjek tunggal atau majmuk. Jadi, tanpa mengambil kira bilangan orang, perkataan 'you' mesti selalu diikuti dengan 'are'.

Contoh: We are tired. (kami letih)

Contoh: You are a good teacher. (kamu adalah seorang cikgu yang baik)

Itu serba sedikit perkongsian daripada saya. Dapat tak? JANGAN KELIRU lagi..

Ingin lebih banyak lagi CARA MUDAH Belajar Bahasa Inggeris?

Dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Ahad, 17 Februari 2013

Nak Cuba Cakap Bahasa Inggeris Tetapi Diketawakan?

Masalah Komunikasi Bahasa Inggeris


Sekiranya baru nak mula berjinak bercakap dalam bahasa inggeris memang ada dugaan dan saya sendiri tidak faham sifat orang kita mula hendak menyindir apabila kita cuba berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Yang lebih menyedihkan kita akan diketawakan!
Macam mana bangsa kita terutama bangsa MELAYU hendak maju jika sikap memperkecilkan sesama sendiri masih wujud.

Ini sekadar luahan daripada saya. Jangan ada yang berkecil hati :)


Nasihat saya LUPAKAN dan JANGAN AMBIL PEDULI kepada mereka yang memperlekehkan USAHA kita untuk menguasai bahasa inggeris. 


Sedikit sebanyak TIPS dan PANDUAN untuk Belajar Bahasa Inggeris Komunikasi ada di sini http://tinyurl.com/inggerissenang

Rabu, 30 Januari 2013

Nak Belajar Bahasa Inggeris? Nak Tahu Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris?



Pernah anda mendengar Belajar Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu, sesuatu yang jarang di dengar bukan?. 

Tetapi itu bukanlah suatu yang mustahil. Dengan Isi kandungan yang ringkas dan padat dengan tip-tip dan kaedah melaksana, belajar bahasa inggeris menjadi lebih mudah!



a) Ditulis dan diolah dalam Bahasa Malaysia agar anda dapat betul-betul faham dengan tatabahasa Inggeris.
b) Mengandungi 17 bab yang merangkumi nouns, adjectives, pronouns, adverbs dan sebagainya.
c) Bagaimana untuk membina soalan dalam Bahasa Inggeris.
d) Sangat sesuai untuk mereka yang lemah penguasaan grammar.
e) Banyak Lagi........ 

Awas, anda mungkin tersilap!

Ketahui 7 kesilapan biasa yang sering berlaku dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan melanggan newsletter dari kami. KLIK SINI

Kami akan hantar TIPS BAHASA INGGERIS PERCUMA kepada anda.


** Lemah Bahasa Inggeris? Bukan persoalan lagi! INILAH PENAWARNYA!

** Belajar Bahasa Inggeris kini menjadi mudah dan menyeronokkan. Cepat KLIK SINI