Apakah maksud "kerja" dalam bahasa Inggeris?
Saya pasti, tak sampai tiga saat anda akan jawab "WORK!"
Apa ada dengan "Work"?
Dalam bahasa Inggeris ada maksud lain bagi work. Bukan kerja sahaja.
Teruskan membaca....
1. Dalam sesetengah keadaan, work juga bermaksud FUNGSI/BERFUNGSI.
> Fungsi yang dimaksudkan ialah yang berkaitan dengan mesin
atau sistem. Samada berfungsi dengan baik atau berfungsi dengan berkesan.
Contohnya,
His phone doesn't work unless he goes to a high point.
- Telefon dia tidak berfungsi dengan baik melainkan dia pergi ke tempat yang tinggi.
Mungkin dalam fikiran kita sebelum ini, kita akan cakap, His phone can't use dll.
Jadi, selepas ini boleh gunakan ayat baru dengan menggunakan perkataan WORK.
2. Selain itu, jika anda perasan, ada satu ungkapan yang biasa
digunakan dalam bahasa Inggeris menggunakan perkataan work iaitu...
IT WORKS....
IT WORKS bukan bermaksud dia bekerja, tapi ia adalah bahasa pasar yang maksudnya...
- it is right (ia betul)
- it looks nice (ia nampak cantik)
- it is a good style (ia gaya yang menarik)
Contohnya;
If you place the vase over there and the sofa here, it works.
> Jika awak letakkan pasu itu di sana dan sofa itu di sini, ia nampak cantik.
Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.
P.S: Dapat gambaran tak? Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah yang penting ada minat dan kemahuan.
P.S: Untuk banyak lagi Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris dapatkan di sini >> http://tinyurl.com/inggerissenang