Belajar
Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Jika anda beranggapan belajar
bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya. Paling penting ada KEMAHUAN untuk
memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.
Penggunaan "Modals" - Kata Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)
Contoh "modals" adalah:
can, could, must, have to, may,might, shall, should, will,would, ought to dan had better.
Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelum itu, anda perlu tahu 4 "modals" iaitu:
i. Modals yang tidak ditambah dengan: –s, -ed, atau –ing
Contoh:
1) She cans drive a
motorcycle. (salah)
2) She can drive
a motorcycle. (betul)
3) He canned speak three
languanges. (salah)
4) He can speak
three languanges. (betul)
ii. Modals diikuti kata kerja
Anda harus menggunakan kata kerja setelah
"modals". Dengan kata lain, kata kerja tersebut tidak
ditambah dengan s/es, -to, atau –ing.
Contoh:
1) They can to come to the party. (salah)
2) They can come to the party. (betul)
3) She might bringing a friend to the party. (salah)
4) She might bring a friend to the party. (betul)
Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"?
Dengan adanya "to", anda tetap harus menggunakan kata kerja setelah
"modals" tersebut.
Contoh:
1) You ough wash your car. (salah)
2) You ought to wash your car.
(betul)
3) You have study harder. (salah)
4) You have to study harder. (betul)
iii. Pengecualian dalam ayat negatif
Untuk membuat ayat negatif, tambahkan "not" atau
"n’t" setelah modals.
Contoh:
1) I cannot dance very well. (atau: I
can’t dance very well).
2) You should not go to bed so late on a work
night. (atau: You shouldn’t go to bed so late on a work
night.)
PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.
Contoh:
1) You can not park in front of a fire hydrant. (salah)
2) You cannot park in front of a fire hydrant.
(betul)
Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"?
Kedua-dua modals ini TIDAK DITAMBAH dengan not untuk membentuk
ayat negatifnya.
Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif
pada have to. Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk
membentuk ayat negatif ought to.
Kurang faham?
Contoh:
1) You do not have to worry
about me. [Anda tidak perlu merisaukan saya]
2) We ought not to say
that to her. [Kita sebaiknya tidak mengatakan itu kepadanya]
Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam
perbualan bahasa inggeris. Secara amnya, kebiasaannya seseorang lebih suka
menggunakan should not.
§ You should not say
that to her.
iv. Modals digunakan untuk
semua subjek, kecuali shall
Anda tidak perlu pening
memikirkan subjek dan pasangan modals kerana semua "modals"
(kecuali shall) boleh digunakan untuk semua subjek.
Contoh:
1) I will come
to your party.
2) She will come
to your party.
3) They will come
to your party.
** Itulah serba sedikit
asas penggunaan "MODALS" dalam membina ayat atau ketika cuba bercakap
dalam bahasa inggeris. Dapat faham serba sedikit?
** Belajar bahasa
inggeris memerlukan latihan dan praktikal. Anda faham sahaja tidak berguna jika
tidak cuba mengamalkannya kerana "PRACTISE MAKES PERFECT".
** Jika ingin mendapatkan
banyak lagi CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang