Selasa, 21 Jun 2011

Mudah Belajar Bahasa Inggeris

Bagaimana reaksi anda jika pelancong luar negara bertanyakan sesuatu dalam bahasa inggeris? Menjawab dengan yakin? Tergagap? Atau tersipu malu dan terus larikan diri?

Fakta Penting

1) Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa terbesar penggunaannya di dalam dunia ini.

2) Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua di Malaysia selepas Bahasa Melayu.

3) Sumber ilmu banyak dalam bahasa inggeris. Buku, internet dll.

4) Bahasa antarabangsa dan boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa.

Menurut kajian, seseorang yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa lebih tinggi IQnya berbanding orang yang menguasai satu bahasa sahaja.

Sebenarnya, belajar bahasa inggeris tidaklah sesusah mana cuma cara belajar bahasa inggeris sekarang tidak praktikal dan terlalu protokol. Akibatnya belajar bahasa inggeris menjadi rumit dan susah difahami.

Sebagai contoh, cuba lihat di bawah:

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?
Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?
Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?
Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.

Bagaimana? Belajar Bahasa Inggeris mudah bukan? cuma kita terlalu terikat dengan cara yang diajar oleh guru yang terlalu bergantung kepada sukatan yang disediakan Kementerian Pelajaran. Anda boleh lihat sendiri contoh di atas. Penggunaan bahasa yang ringkas memudahkan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Jika anda inginkan cara mudah belajar bahasa inggeris dan cepat menguasai bahasa inggeris baca seterusnya di SINI

Ahad, 12 Jun 2011

Belajar Bahasa Inggeris Komunikasi Dengan Cara Mudah



Bagaimana reaksi anda jika pelancong asing bertanyakan arah dalam bahasa inggeris? anda menjawab dengan yakin atau tergagap-gagap atau langsung tak menjawab kerana tidak tahu berbahasa inggeris.. malu bukan?

Sudah.. lupakan insiden memalukan itu..mulalah belajar bahasa inggeris komunikasi dengan mudah di SINI