Thursday, March 7, 2013

BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MENDENGAR LAGU INGGERIS


TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MENDENGAR LAGU INGGERIS

Semua orang suka mendengar muzik.. Mengapa tidak gunakan medium muzik untuk belajar bahasa inggeris? Pasti lebih mudah dan menarik!

Tips Mudah:

1) Pilih lagu inggeris yang anda suka dengar kerana apabila kita kerap mendengar lagu kegemaran pasti kita menghafal lirik dan mencari maknanya. Ia dapat menambah VOCABULARY.

2) Setelah kerap mendengar dan menghafal liriknya cuba tulis di atas kertas dan bandingkan dengan lirik sebenar adakah sama dan tiada kesilapan ejaan. Ia dapat mengasah WRITING.

3) Apabila mendengar lagu tersebut cuba ikut cara nyanyian dan cara sebutan lirik di dalam lagu tersebut. Ia dapat mengasah PRONUNCIATION.

4) Cuba praktikkan apa yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut dengan kehidupan seharian terutama ketika cuba berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ia dapat mengasah SPEAKING.

** Itulah serba sedikit asas Belajar Bahasa Inggeris dengan mudah hanya dengan mendengar lagu inggeris anda juga dapat belajar bahasa inggeris tanpa di sedari.

** Untuk banyak lagi cara belajar bahasa inggeris dengan mudah dan pantas dapatkan di sini http://tinyurl.com/inggerissenang